fbpx
0

A da orang pernah cakap kat saya, “Hajar = someone that somehow too positive not to be realistic.”

Hahah, tak tahulah itu pujian or something else. Tetapi, saya balas dengan ayat terima kasih for the honesty. Dan saya teringat tulisan Ustaz Fathuri dalam bukunya, Mudahnya Menjemput Rezeki 2 iaitu bukankah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?

Bila cara biasa (sunnatullah) tak berkesan, masih ada cara luar biasa (kudratullah) untuk disandarkan harapan. Bila kudrat diri kita dah tak berupaya, ketahuilah bahawa kudrat Allah masih ada.

Inilah bukti kuasa Allah, kudrat Allah :

Allah boleh beri rezeki DENGAN ASBAB, sebagaimana Nabi Muhammad SAW lahir daripada rahim seorang ibu yang sihat.

Allah boleh beri rezeki BERLAWANAN DENGAN ASBAB sebagaimana lahirnya Nabi Yahya AS yang lahir daripada rahim seorang ibu yang mandul.

Allah boleh beri rezeki TANPA ASBAB sebagaimana Nabi Isa AS yang dilahirkan dengan roh yang ditiupkan terus ke dalam rahim Siti Maryam tanpa disentuh oleh lelaki.

Dalam Al-Quran, ada kisah bagaimana tongkat jadi ular yang sangat besar, menelan habis semua ular ahli sihir Firaun.

Dalam Al-Quran, ada kisah sekumpulan manusia yang tidur sangat lama selama 309 tahun. Bila bangun, mereka masih sihat sejahtera.

It were miracles right? It such an insane! Cerita-cerita benar yang mana berlaku di luar logik akal manusia. That is one of the reason why I become too believe on something beyond what other people think this is the limit.

And I think, you should do the same thing too. Just put your trust on Allah SWT.

Jika difikirkan, kenapa semua kisah ini diceritakan dalam Quran untuk kita? Why?

Kerana bagi orang yang beriman, setiap kisah ini akan meningkatkan imannya kepada Allah yang Maha Kuasa.

Setiap kejadian luar biasa yang berlaku di dunia ini hanya menambah keyakinannya kepada kuasa Allah. Kerana dia percaya Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa atas segalanya.

Bagaimana pula dengan diri kita?

Leave a Reply