fbpx
0

D alam buku Percepatan Rezeki Dengan Otak Kanan Dalam 40 Hari oleh Ippho Santosa ada menyatakan, “apakah benar percepatan rezeki dalam 40 hari boleh terjadi? Percayalah, bila kita terapkan dengan sungguh-sungguh, insya Allah ianya boleh berlaku.”

Mengapa begitu yakin?

Kerana bagi Allah, semuanya serba mungkin. Sukar bagi kita, mudah bagi Allah. Bukankah Allah yang cipta galaksi, bumi, manusia dalam keadaan yang senang? Lagi pula, cara-cara untuk peroleh rezeki itu selaras dengan perintah-Nya.

Memang, menjadi kaya adalah harapan banyak orang. Usah kata orang lain, diri kita sendiri pun sama. Dalam erti kata lain, harapan juga bermaksud impian. Bukan setakat kaya, macam-macam yang kita mahu, betul?

Sebagai contoh, kita berimpian nak beli rumah pertama.
Jadi, apa yang patut kita buat?

Kita berusaha kumpul duit untuk bayar deposit, kita cari maklumat tentang rumah, kita buat pinjaman dan apa-apa saja yang menuju ke arah pembelian rumah pertama. Nah, tahukah kita berusaha secara duniawi, kita juga boleh tingkatkan amal kebaikan untuk ‘beli’ impian tersebut dengan pantas?

Ringkasnya, bukan setakat kita kena berusaha, kita tetap perlu beramal dan berharap kepada Allah SWT untuk tunaikan impian tersebut.

Disebabkan content ini datang daripada buku Percepatan Rezeki Dengan Otak Kanan Dalam 40 Hari, maka saya share semula dalam bahasa yang lebih mudah kita faham. Membaca artikel ini, mungkin akan muncul percakapan seperti ini…

“Ah, ini duniawi sekali! Mana boleh amal tu kita jual beli?”
— Hei, jangan salah. Ini namanya berniaga dengan Allah. Kita kan diajar berdoa untuk selamat dunia akhirat. Tentunya kita boleh beramal untuk selamat dunia akhirat. Tepatnya, berharap fadilah dunia akhirat.

“Tapi…”
— Begini deh. Katakanlah sekarang kau ada hutang dan tengah sakit. Apa boleh kau berharap selamat di dunia? Apa boleh kau berharap hutang terus langsai dan sakitnya sembuh? Kalau memang boleh, cuba beritahu bagaimana caranya?”

“Yah, aku pasti akan usaha.”
— Lagi?

“Aku akan berdoa.”
— Cuma itu?

“Mungkin juga aku akan bersedekah, solat dhuha dan solat tahajud.”
— Nah, itu dia manusia level 3! Itulah 3 strategi yang dimaksudkan iaitu berusaha, berdoa dan beramal.

Sebaik-baiknya beramal dan berharaplah fadilah untuk dunia akhirat. Jangan untuk dunia semata.

Nota Tambahan

3 Level Manusia

Manusia level 1 :
Punya harapan, impian atau hajat, maka dia akan berusaha. Ya, cuma berusaha.

Manusia level 2 :
Punya harapan, impian atau hajat, maka dia akan berusaha dan berdoa.

Manusia level 3 :
Punya harapan, impian atau hajat, maka dia akan berusaha, berdoa dan beramal. Ringkasnya, ia ‘membeli’ impian dan ‘menghantar’ hajatnya dengan amal kebaikan.

Belajar sesuatu?
Selamat menjemput impian Anda dengan pantas!

P/s : Suka dengan sharing ini? Apa kata share di Facebook dengan kawan-kawan?

Leave a Reply