fbpx
0

A da satu perenggan menarik that I really fall in love with yang ditulis oleh Adam Khoo dalam bukunya, Master Your Mind Design Your Destiny. Iaitu…

“The pattern of excellence I refer to is the ability to take charge of your mental resources and unleash your personal power! It is a set of beliefs, attitudes and behaviours exhibited by individuals who constantly produce exceptional results.

It is the ability to take charge of your life, be in control of your emotional state and bring out the best of your personal. It is about having the flexibility to constantly grow by learning, unlearning and relearning. It is the ability to replicate excellence within a very short period of time.”

Membuatkan diri cukup teruja. Sebab persamaan antara kita dengan orang yang berjaya adalah kita memiliki Tuhan yang sama, otak yang sama dan terdiri daripada makhluk yang sama (bukan jin atau malaikat).

Jika ada orang yang selalu kita stalk atau perhatikan seolah rezekinya lebih, maka kita juga tetap boleh meraih benda yang sama. Malah, jauh lebih baik dari itu.

Formula #1 – Tanya 2 Soalan Ini Kepada Diri Sendiri

Lagi bagus jika ada kertas A4 atau buku nota untuk tulis. 2 soalan tersebut ialah :
+ Apa 3 impian yang  realistik dan diri boleh capai dalam masa 3 bulan ini?
+ Apa yang menyebabkan diri terhalang untuk capai impian tersebut?

Sila senaraikan sebelum kita berpindah kepada formula kedua.

Formula #2 – Jadikan Impian Tersebut Spesifik

3 impian yang diri tulis tadi, spesifikkan ia umpama sejelas kristal. Bila kita spesifikkan, maka kita tahu dengan jelas apa yang kita nak.

Katakan, kita mahu capai RM15,000 pada bulan Mei 2018. Dalam Ebook Skrip Makbul Impian, saya ada terangkan macam mana kita nak spesifikkan ia. Salah satunya adalah kita tahu mana datangnya RM15,000 dan kita faham tujuannya untuk apa.

Sebab ada orang dia nak dapat RM15,000 tu tetapi dia tak tahu RM15,000 tu gunanya untuk apa. Main saja-saja nak. Memang taklah Allah nak bagi.

Okay sebagai contoh, berikut merupkan impian berjaya capai sales RM15,000 yang spesifik.

“Ya Allah, aku tak tahu bagaimana aku tahu dan bagaimana aku buat. Namun Engkaulah ya Fattah ya Razzaq ya Ghani ya Mughni. Maha pembuka, Maha pemberi rezeki, Maha Kaya dan Maha Mengayakan.

Ya Allah, aku berjaya capai sales RM15,000 dengan sangat cepat, mudah, berkat, halal dan dengan gembiranya pada Mei 2018. RM15,000 ni aku dapat sales daripada 3 jenis produk yang aku jual iaitu jubah, buku dan affiliate.

Jubah harganya RM90, so aku target ada 100 orang beli jubah (100 x RM90 = RM9,000). Lepas tu, buku harganya RM40 x 50 orang = RM2,000 dan promote affiliate yang nilainya RM100 x 40 orang = RM4,000. Jumlah kesemuanya jadi RM15,000.

RM15,000 ni memang sales namun aku target dapat profit around RM6,000 supaya aku boleh sara family, beli baju raya, belanja parents dan langsaikan hutang. Aku yakin aku berjaya dan pasti boleh. Terima kasih Allah.”  

Jelas setakat ini?

Formula #3 – Bangunkan Strategi Untuk Capai Impian Tersebut

Bila kita dah tahu apa yang nak dicapai, maka keluarkan cara apa yang perlu dibuat untuk capai impian tersebut. Jika impian tadi berjaya dapat sales RM15,000, maka kita kena get ready dengan marketing plan, copywriting, perkara-perkara teknikal dan skrip closed sales.

Yup, tak dinafikan memang kena perah otak untuk ini. Namun, it is really worth.

Formula #4 – Jika Dah Buat Dan Belum Jadi, Adjust Semula Plan

Ingat, tidak ada impian yang tak jadi atau gagal. Yang hanya adalah ia belum jadi. Bila belum jadi, maka kita masih lagi boleh adjust apa yang patut dibuat sampai ia menjadi. Yang penting, konsisten dan elakkan buat perkara yang sama berulang kali.

Kerana bak kata Albert Einstein, “insanity is you expect the same result by doing the same things!”

Bermanfaat artikel ini untuk anda?
Silakan saja share sekarang.

One Comment

Leave a Reply