fbpx
0

B uku Quantum Ikhlas ini sudah 2 kali saya baca. Terbeli kat Gramedia Matraman di Jakarta sebab tertarik dengan tajuknya dan dikatakan best-seller. Wonder juga kenapa best-seller. Sekali bila baca, fahamlah kenapa. Masya Allah, ternyata content buku ini amazing.

You should have one in your collection of books.

Dan contentnya boleh diaplikasikan lagi-lagi pada bulan Ramadan supaya time Syawal nanti, kita ‘lahir’ dengan transformasi diri yang baru sesuai dengan kerajaan yang juga baru berubah ketika #PRU14 ni.

Apa Itu Komponen Ikhlas?

Dalam buku ini, “komponen ikhlas terdiri atas sikap syukur, sabar, fokus, tenang dan bahagia. Dalam kondisi ikhlas yang sekarang telah dibuktikan secara ilmiah – manusia justru akan jadi lebih kuat, cerdas dan bijaksana.

Kita bisa berpikir lebih jernih, mampu jalani hidup dengan lebih efektif dan produktif untuk capai tujuan. Bahkan, hubungan kita dengan siapa pun akan terjalin semakin menyenangkan.”

Mungkin ada juga pembaca yang wonder apa tu Teknologi Quantum Ikhlas.

Jadi, saya ringkaskan untuk kita semua mudah faham. Quantum adalah salah satu ilmu terbaru dalam dunia neuroscience, physics, brain science dan science of mind. Yang mana ia boleh dijelaskan secara ilmiah melalu sains.

Basically, kuantum adalah satu energi terhalus yang tak bisa terlihat dengan mata kasar. Para ilmuan mendapati sesuatu benda jika dibelah secara terus-menerus menggunakan alat pemecah atom particle accelerator hingga ke peringkat terhalus, maka wujud energi yang tak nampak dan terdiri daripada ruang hampa.

Interesting kan? Seriously, ini satu lagi topik yang mungkin kita boleh explore dan belajar dengan lebih mendalam. Salah satunya, kita boleh join seminar Quantum Excellence yang dibawakan oleh ESQ 165 Malaysia.

Hehe, doakan saya juga dapat hadir. Memang aim daripada tahun lepas 2017 lagi. Tambah pulak bila berjumpa dengan orang yang dah pergi seminar tu. Subhanallah, teruja gila.

Okay, sambung balik.

So, buku ni terangkan yang “teknologi kuantum aplikasi ilmu pengetahuan kuantum untuk memudahkan urusan manusia di tingkat kuantum dan Ikhlas adalah skill penyerahan diri secara total kepada Tuhan untuk meraih puncak sukses serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.”

Quantum Ikhlas ni menerapkan 2 perkara iaitu :
+ Brainwave management.
+ Heartwave management.

Jelas sekarang? Jom, kita move on ke next topic.

Manusia Itu Lebih Super Duper Hebat Berbanding Komputer

Allah dah kata bahawa manusia ini adalah sebaik-baik penciptaan. Bayangkan kalau komputer atau laptop tu kita dah rasa hebat, inikan pulak diri kita sebagai manusia. Jauh lebih hebat sebenarnya.

Jika kita perasan, dalam mesin komputer ada :
+ Keyboard (input).
+ Monitor atau paparan skrin (output).
+ Hardware.
+ Software.
+ Operating system.
+ Hard disk.

Sama juga dengan manusia. Dalam diri manusia, keyboard adalah apa saja yang kita masukkan dalam otak melalui 5 pancaindera kita iaitu mata, mulut, hidung, telinga dan kulit.

Hardware kita adalah otak, software kita adalah fikiran dan perasaan, operating system kita adalah hati nurani yang melekat di jantung dan hard disk kita adalah simpanan informasi dalam minda separa sedar kita.

Dah tu monitor atau paparan skrin kita apa? Paparan skrin kita adalah kejadian, situasi dan hasil tindakan yang kita buat dalam hidup.

Apa saja yang kita inputkan, maka itulah outputnya. Jika inputnya baik, maka baiklah outputnya. Jika sebaliknya, maka fahamlah kenapa.

Seronok kan ilmu ni bila faham?

Okay, kita pun tahu komputer jika dipakai terus-menerus akan panas, bakal diserang virus, hardware nya mesti kena upgrade sesuai dengan perkembangan semasa, software nya wajib update secara berkala dan kita mesti sentiasa buat maintenance, disk clean up, empty rubbish bin dan defragment.

Jika ada error dengan komputer tersebut, biasanya kita hantar untuk servis betul? Maka, analoginya tetap sama dengan manusia.

Hardware diri kita kena upgrade, software diri kita memang wajib update dan kita kena kerap ‘bersihkan’ diri kita supaya dapat maintain dalam keadaan yang terbaik.

Namun, bagi kebanyakan orang dia tak sedar yang diri dia ada banyak error. Jadi, macam mana nak tahu yang diri kita ada error atau tak?

Jawapannya senang je. Perhatikan paparan skrin (output) kita melalui kualiti hidup, kesihatan, hubungan, kewangan dan lain-lain. Jika ada yang error, akui ternyata ada perkara yang tidak beres dan kita kena perbaiki ia.

Bagaimana Nak Baiki Error Dalam Hidup Kita?

Kalau laptop error, boleh la nak hantar ke service center. Tetapi kalau diri manusia, macam mana pulak?

Naa, this is an amazing thing. Bayangkan Allah dah melengkapi diri kita dengan self maintenance system yang mampu buat segala yang diperlukan secara sendiri dan automatik. Malah, kita boleh jadi anti-virus sistem yang terbaik.

Caranya adalah ambil tahu dan jaga input yang kita masukkan melalui 5 pancaindera kita ke dalam minda separa sedar kita.

Maka, ketika inilah iaitu waktu Ramadan is the best ever month to take care and to fix the error of ourselves. To clean our hard disk, to care our hardware, to upgrade our software with iman and to empty our rubbish bin.

Ramadan – Kita bukan setakat tahan lapar dan dahaga, kita sebenarnya menahan nafsu, sedang berdisiplin dan menjaga apa yang sepatutnya ke arah kebaikan.

Orang kata andai mahu konsisten buat sesuatu perkara, kena lepas 21 hari. Haa, Ramadan kan sebulan, 30 hari pulak tu.

Justeru, why not kita refresh Ramadan kali ini dengan buat maintenance, disk clean up, empty rubbish bin dan defragment diri melalui jaga input kita supaya at the end, output hidup kita makin better?

Jaga input kita time Ramadan boleh jadi :
+ Baca Quran setiap hari. 2 muka surat pun okay.
+ Jaga pandangan mata.
+ Buat ibadah-ibadah sunat.
+ And anything yang merupakan good deeds.

Insya Allah, at the day of Syawal nanti, kita boleh celebrate dengan tranformasi diri kita yang baru. May Allah bless our journey of Ramadan. Aamiin ya Mujib!

Leave a Reply