fbpx
0

A pakah ada di antara kita yang alami hal yang sama seperti mereka ini di bawah?

+ Tak tahu nak tulis soft selling yang boleh ‘beli’ trust strangers to buy anything that we sell on Facebook Wall.

+ Stuck dalam brandingkan diri untuk tunjukkan kredibiliti kita sebagai orang bisnes.

+ Tak jumpa lubuk rujukan untuk tulis ayat iklan power dan santai.

Well, you come on the right place if the answer is yes. Berikut adalah 5 langkah bagaimana kita boleh tulis satu ayat iklan yang lengkap dalam keadaan santai. Jom, kita mulakan!

#1 – Mulakan Dengan Headline

Headline boleh dimulakan dengan SOALAN atau pun BAGAIMANA. Jika perasan cara artikel ini ditulis, saya gunakan 2 teknik ini. Iaitu :

+ BAGAIMANA tulis ayat iklan yang santai dan menarik perhatian audiens untuk baca?
+ SOALAN : Apakah ada di antara kita yang alami hal yang sama seperti mereka ini di bawah?

Ehm, jom kita cuba buat headline untuk produk kesihatan :

+ BAGAIMANA ibu-ibu boleh turunkan berat 1kg dalam masa 7 hari tanpa makan nasi?
+ SOALAN : Ada yang sama geng dengan saya untuk turunkan berat 1kg dalam masa seminggu?

Jelas setakat ini? Mudah je kan? Kita pergi pula teknik kedua.

#2 – Berikan Manfaat, Tips Dan Informasi

Teknik kedua ini, kita dah masuk bab content ayat iklan.

Maka, tugasnya adalah kita kena berikan ilmu seperti mana yang kita dah janjikan dalam headline tadi. Ingat, orang baca perenggan berikutnya kerana mereka nak ‘claim’ janji atau solusi yang kita dah cakap dalam headline.

Saya berikan contoh teknik kedua ini bagi headline kesihatan yang ditulis tadi : BAGAIMANA ibu-ibu boleh turunkan berat 1kg dalam masa 7 hari tanpa makan nasi?

#1 – Bila makan, gunakan pinggan yang bersaiz kecil. Elakkan ambil yang saiz besar. Kenapa? Sebab secara psikologinya, pinggan besar membuatkan kita rasa nak penuhi ia dengan makanan yang banyak.

#2 – Hanya makan lauk, sup dan sayur ketika waktu tengah hari dan makan malam.

#3 – Setiap pagi sarapan boleh minum milkshake xxx untuk kurangkan rasa lapar dan makan tu cukup-cukup je. Less is more right?

Kita boleh beri minimum at least 3 tips supaya orang yang tak membeli dengan kita pun boleh dapat manfaatnya.

#3 – Bangunkan Tulisan Gaya Bercakap Dengan Audiens

Salah satu blogger terkenal di Indonesia juga menyatakan perkara yang sama. Kata beliau, “Yang pasti, content yang baik dapat membangunkan interaksi dengan pembaca. Sehingga, audiens yang baca tulisan tersebut mungkin hujung-hujungnya akan komen dan berkongsi cerita mereka dengan kita.”

Bila mereka dah komen tu, ambillah sedikit masa untuk reply mana yang perlu. Impaknya, engagement meningkat, kredibiliti terserlah, lebih ramai orang kenal dan akhirnya orang suka nak membeli produk atau servis kita.

Kita boleh beri minimum at least 3 tips supaya orang yang tak membeli dengan kita pun boleh dapat manfaatnya.

#4 – Sharing Pengalaman

Sebelum kita buat bisnes yang dibuat sekarang, mesti ada pengalaman atau kejadian yang menyebabkan kita buat bisnes tersebut. Namun, kebanyakan orang jarang share tentang perkara ini sebagai soft selling.

We sell stories, not product.

Sebab itu, tulisan tentang tips atau ilmu yang digabungkan dengan pengalaman peribadi, akan jadi lebih bermakna dan buatkan audiens tertarik berjual beli dengan kita.

#5 – Akhir Sekali Letakkan CTA (Call-To-Action)

CTA ini bermaksud satu ayat perintah yang kita cipta di akhir tulisan ayat iklan. Bahasa mudahnya ialah kita nak audiens buat apa lepas baca content kita tu?

Adakah nak  minta audiens share? Komen? Whatsapp? Picit link? Dan sebagainya. Terpulang kepada diri kita. Yang penting, variasikan CTA kita di hujung ayat iklan jika kita kerap buat soft selling di Facebook Wall. Barulah orang tak bosan.

“Be so good. They can’t ignore you.”
– Steve Martin

Leave a Reply