fbpx
0

G odek kat laptop, terjumpa cerita diri yang lama. Diri yang ketika itu payah nak peroleh rezeki yang melimpah terutamanya duit. Jadi, saya sharing di sini semula sebagai inspirasi kepada mereka yang mungkin tertanya kenapa rezeki payah lekat.

Dulu tahun 2015 lepas habis graduate, saya tak kerja langsung sebab passion saya adalah buat bisnes.  Dan saya pernah rasa masuk kerja pukul 9.00 pagi dan balik pukul 6.00 petang hadam jem setiap hari.


Ada kalanya tak cuti langsung pada hari Sabtu dan Ahad.  Selama 2 bulan praktikal, bayangkan saya hanya diberi elaun sebanyak RM200 saja. Nak survive dengan sebulan RM100, for real memang tak cukup. Dengan minyak kereta dan keperluan makan lagi.

Lepas itu, saya pernah demam 3 hari sebab workout yang gila-gila dan non-stop kerja lebih dari 7 hari.  Masa tu seorang diri asyik buat coaching untuk klien syarikat, jadi speaker seminar untuk pekerja, buat iklan untuk 5 bengkel dan handle 1 seminar seramai 150 orang.

Serius, projek-projek ini sangat perlukan energi yang gila besar untuk disiapkan. Hinggakan saya terpaksa berhenti buat bisnes. Balik dpukul 6 petang belum termasuk waktu hadap jem, letihnya ya Tuhan…  Kadang terus terlentok lena lepas solat maghrib.

Cut short cerita selesai je praktikal, Alhamdulillah lega teramat sangat. Yeay! Dah boleh sambung bisnes online semula.

Namun apa yang berlaku ialah jualan bisnes merundum hingga nak dapat RM750 sebulan pun payah. Boleh bayangkan tak rasa bagaimana hidup di kota metropolitan dengan pendapatan sebegitu? Nangis, sobs sobs bhai.

Kenapa Rezeki Payah Lekat?

Masa tu, parents suruh balik ke Batu Pahat, Johor.  “Bukannya ada kerja kat KL tu.” Balik rumah, saat jumpa sedara mara kena pulak “Kau kerja apa?” Berulang-ulang selama 4 bulan.  Merana sungguh sebab buat bisnes online tak popular pun di area kampung.

Dah la selalu buat iklan tak lepas. Semua benda buat tak jadi. Tertanya, dah kenapa?  Sampaikan ada pelanggan yang berhutang RM820 masih belum bayar lagi kat saya. Stres fikir tentang rezeki yang tak menentu dan risau tentang macam-macam.

Sedekah dah, solat memang tak tinggal, zikir pun ya. Apa lagi yang tak kena?

Ditakdirkan saya terbaca buku Bisnes Cara Kami oleh Raffelina. Sahabat yang beli.  Dari situ mula selak, tahu dan faham mengapa bisnes tak maju. Salah satu asbabnya ialah diri buat amal semata nak dapat duit.  Tak fikir benda lain pun.

Lagi parah bila baca status Muharikah >>> Bila anda stress, elak lepaskannya dengan bermaksiat kepada Allah.  Sabar dan mohon kekuatan dari Dia ya!

Memang zappp. Sendiri silap, sendiri salah sebab diri selalu cari benda lain dan manusia dulu supaya jiwa happy. Allah? Mana nak cari. Tak terfikir pun. Lepas tu, banyak kali tidur lepas subuh.

Bangun pukul 10 pagi, tak minta ampun pun kat Allah. Namun pada masa yang sama, selesai solat dhuha je terus minta Allah beri rezeki. Punya lah tak senonoh perangai tu.  Sibuk duk persoal apa kes rezeki bocor walhal diri yang salah.

4 Masalah Yang Kebanyakan Orang Alami Dalam Hidup

Siapa yang baca artikel ini, ada masalah berikut? Iaitu :
+ Dah lama tak rasa nikmatnya dekat dengan Allah.
+ Rasa hati dah mati.
+ Beramal namun diri tak kusyuk.
+ Beramal nak dapat ganjaran dunia semata.

Trust me, you are not alone
I faced the same thing as you before.

Namun, satu perkara kita kena ingat yang kita sedang deal dengan Allah. Itulah real majikan kita. Mahu tak mahu, tawakal mesti diaktifkan. Dengan siapa lagi kita nak yakin jika bukan Dia?

Dah lama-lama belajar, baru saya faham tentang hakikat kebenaran rezeki, amal tu kasi betul dan jiwa perlu diisi. Percayalah, Allah itu Maha Baik. Kita je yang ego, tak mahu berpaling pada Allah.

3 Perkara Kena Buat Bila Diri Dilanda Ujian

Iaitu :
+ Solat tahajud.
+ Sabar.
+ Mengadu dan menangis sepuas hati hanya pada Allah.

Lepas saya praktis, saya mula rasa hidup makin tenang dan aturan hidup seharian lebih cantik walaupun ketika itu  dalam bank ada RM154 je serta miliki hutang sebanyak RM1,823.00.

Just buat je. Jangan percaya apa yang saya cakap. Kerana perasaan tenang dan bahagia tu memang mahal. Dan kita hanya boleh dapat bila kita relakan diri, serah pada Allah untuk Dia aturkan sebaiknya hidup kita.

Bagaimana Diri Bebas Dari Hutang?

Kita sendiri tahu hutang adalah punca mengapa rezeki semakin sempit dan bocor, mengalir keluar macam air dan tak lekat pun dengan kita. Jadi, bagaimana berjaya bebas dari hutang?

#1 – Sedekah 10%
Saya ada baca jika kita mahu keluar dari kemelut hutang dengan cepat, sedekah 10%. Namun disebabkan masa tu ada RM154, saya sedekah 1% je iaitu RM18. Itu je lah yang diri rasa nak beri.

#2 – Bagi Parents 10% Daripada Income
Sebenarnya bulan sebelum yang tinggal RM154, saya masih ada RM600. Patut bagi RM60 kat parents tetapi saya lebihkan bagi RM100.

Walaupun Umi ada gaji sendiri yang besar, bila saya bagi Umi tetap hargai. Tambah pulak, Umi doa berganda-ganda supaya rezeki lebat untuk saya.  Alhamdulillah, aamiin ya Mujib.

Masya Allah, perasaan waktu tu memang tak tergambar. It was speechless moment that I won’t ever forget.

Keajaiban? Wujud Ke?

Kemudian, satu hari dalam akaun, tiba-tiba ada RM500.  Masa keluarkan duit saya tak tengok resit.  Tiba di rumah, eh mana datangnya RM500 ni?

Biasanya pelangan akan bagi inform dan bagi prove payment sebagai bukti yang mereka sudah transfer. Namun kali ni tiada.  Sampai sekarang, saya pun tak tahu mana datangnya duit tu.

Allah punya kerja, miracle kan? Terharu sebab Allah Ya Rahim Maha Baik sesangat. Bak kata Dr Joseph Murphy, “Miracle does happen every day for those who start to believe.”

Keajaiban rezeki? Kita sendiri yang boleh tentukan nak percaya atau tak.

Ketahui teknik pantas masuk rezeki, diri lebih tenang, bahagia dan boleh tersenyum di saat poket tengah kontang.

Bacanya Di Sini

One Comment

Leave a Reply