fbpx
0

I lmu ini saya peroleh ketika baca buku 7 Keajaiban Rezeki karya Ippho Santosa. Pertama kali baca topiknya memang terasa pelik. Kerana ia bertentangan dengan pegangan yang selama ini kita percaya.


Iaitu, “wang sama sekali tidak boleh beli kebahagiaan.” Rupanya hasil kajian yang diceritakan dalam buku ini, ternyata boleh!

Bagaimana caranya?

Wang itu kita mesti gunakan untuk sedekah, derma, sumbangan, sebagai pemberian, berbagi, hadiah atau apa pun namanya kepada orang lain.

Berikut merupakan 6 penilitian yang menunjukkan duit boleh jadi tukaran untuk kita peroleh kebahagiaan : 

#1 – Brendan Borrel di majalah ilmiah Nature edisi Maret 2008 menulis, “wang dapat beli kebahagiaan terutama jika kita membagi-bagikannya.”

#2 – Elizabeth Dunn di risetnya menyimpulkan bila kita belanjakan duit terhadap orang lain, ia mendorong kebahagiaan.

#3 – Prof. David McClelland di risetnya menyatakan bahawa dengan kita melakukan sesuatu yang positif terhadap orang lain, ia juga dapat mendorong kebahagiaan.

#4 – James House di risetnya berkata “menolong orang lain secara sukarela akan meningkatkan kebugaran tubuh dan angka harapan hidup.”

#5 – Allan Luks dalam bukunya menyimpulkan, “menolong orang lain dapat mengurangi sakit mahupun stres serta meningkatkan endorfin dan kesihatan.” Ini berdasarkan survey yang melibatkan 3,000 sukarelawan dan lebih dari 90% mengaku demikian.

#6 – Dr. Stephen Post di bukunya menulis “sifat dermawan itu menyihatkan dan memanjangkan umur. Bahkan, dua kali lebih menyihatkan berbanding Aspirin.”

Ringkasnya, dengan erti kata lain, duit boleh jadi asbab, medium dan alat untuk bantu orang lain jika kita mahukan kebahagiaan dengan pantas.

Teringat di dalam program ESQ 165 Malaysia, ada satu simulasi mudah yang peserta harus buat dan merasai kenapa bersedekah itu penting.

Simulasinya adalah peserta perlu hirup nafas, tahan dan kemudian hembuskan semula nafas. Okay, apa jadi jika kita terus hirup dan tahan nafas dalam badan?

Kita akan jadi sakit bukan? Begitulah analogi bersedekah.

Menghirup dan menghembuskan udaralah yang buatkan kita sihat. Sebaliknya, bila kita terus hirup tanpa hembus, ia buatkan kita jadi sakit.

Terus ambil atau terima duit itu seperti menghirup. Beri duit itu pula seperti menghembuskan. Bahkan setiap kali memberi, kita akan himpunkan energi positif dan buang energi negatif.

Kerana itu, beri duit kepada orang lain dikatakan dapat beli kebahagiaan dalam waktu yang sangat pantas.

Jadi, apa kata mulai hari ni kita cuba beri RM5 sehari kepada keluarga, sahabat atau orang luar yang kita tak kenal pun?

Semakin berat pengorbanan kita dalam memberi wang, maka semakin cepat dan semakin besar pula balasannya. Inilah namanya IOS. Eh, sistem IOS Iphone ke?

Hehe, taklah. IOS yang dimaksudkan adalah itulah Index Of Sacrifice kita.

P/s : Artikel ini best anda baca? Apa kata anda share artikel ini kepada keluarga atau sahabat yang nak bahagia sepantas kilat sekarang?

Leave a Reply