fbpx
0

S iapa sini yang terbit perasaan kecewa saat lihat nombor dalam akaun tak bertambah walhal dah buat marketing dan closed sales bisnes bagai nak rak?

Termasuk sedekah dah, solat dhuha dah, istighfar dah, zikir Asmaul Husna dah, doa banyak kali pun dah. Boleh kata semua sudah.

Tetapi tetap juga rezeki duit yang dinanti pada hari tersebut, belum kunjung tiba. Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Well, same goes to me. Sebagai manusia, normal perasaan itu wujud. Normal ia berlaku. Namun, bukan perasaan kecewa yang patut kita fokus.

Yang patut kita fokus adalah bagaimana kita dapat overcome perasaan tersebut and yakin kita pasti dapat rezeki lebih banyak lepas itu.

"Bukan amalan yang buatkan kita dapat rezeki banyak. Silap besar sangka begitu. Hakikatnya Allah je yang mampu beri rezeki tanpa perlu asbab sekali pun. Amalan tu kita perlu buat kerana kita adalah hamba-Nya."

Rezeki yang kita ada bukan diukur melalui duit je. Tahukah kita miliki keluarga itu adalah rezeki? Ada kereta atau motor adalah rezeki. Mempunyai smartphone yang tahan lasak adalah rezeki.  Dan apa-apa yang kita peroleh manfaatnya adalah rezeki.

Jadi, nak kata rezeki kita sempit, sebenarnya ia tidak begitu. Bahkan, ada 4 jenis rezeki yang Allah dah janjikan untuk kita hatta orang bukan Islam sekali pun. Iaitu :

#1 - Yang Dijamin Allah

Di mana Allah bagi rezeki pada seluruh makhluk termasuk orang kafir. Allah tak pandang apakah makhluk-Nya itu ingkar atau kufur.

“Tidak ada suatu mahluk pun (termasuk manusia) yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin oleh Allah rezekinya.”
— Surah Hud : 6

Apa dia rezeki yang dijamin tu?
Iaitu kesihatan, makanan, minuman. Ini dasar rezeki yang terendah.

#2 - Berdasarkan Usaha

“Tidaklah manusia mendapat apa-apa, kecuali apa yang telah diusahakannya”.
— Surah An-Najm : 39

Allah beri rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakan. Usaha sungguh-sungguh, menggila dengan ilmu dan secara luar biasa, maka kita dapat setimpal dengan apa yang dibuat.

Rezeki jenis ini boleh diperoleh oleh semua orang dengan syarat, dia berusaha. Namun andai rezeki kita sikit walau usaha dah banyak, maka itulah yang terbaik untuk kita pada masa itu.

Bahkan sahabat saya pernah share, “bila kita tak dapat rezeki duit yang banyak, ketahuilah waktu itu kita memang layak untuk tak dapat rezeki tersebut.” Lagipun, ada hikmahnya. Cuma nak yakin atau tak je.

#3 - Kerana Bersyukur

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu”.
— Surah Ibrahim : 7

Saya pernah update satu status di Facebook wall iaitu “Apa yang buatkan kita fikir yang kita akan bersyukur bila dapat rezeki banyak sedangkan rezeki yang ada sekarang pun kita tak bersyukur?”

Orang yang bersyukur dengan sedikit, rasa cukup dan bahagia apa yang dia ada, dia akan layak dapat lebih banyak rezeki. Justeru, belum ada sales, bersyukur. Ada sales, lagi kena bersyukur.

Cara bersyukur ada 3 yang kita boleh buat. Apa dia tu?

+ Melalui percakapan dengan kata Alhamdulillah, thank you Allah.
+ Melalui perbuatan dengan beribadah kepada Allah.
+ Melalui penulisan dengan tulis minimum 3 perkara yang kita syukur setiap hari.

#4 - Diberi Buat Mereka Yang Teristimewa

Ini tingkatan rezeki yang paling tinggi iaitu hanya kepada mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Rezeki yang diperoleh dari jalan yang tak tersangka-sangka.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yg tiada disangka-sangkanya.  Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.  Sesungguhnya Allah melaksanakan semua urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.
— Surah At-Thalaq : 2-3

Rezeki yang ke-4 ini khas buat mereka yang benar-benar dicintai dan dipercayai Allah untuk memakmurkan dan mengaturkan kekayaan di bumi ini.

Masya Allah, amazing kan Allah dah siapkan 4 jenis rezeki untuk dilimpahkan kepada kita? Cuma nak rebut atau tak je. Ehe, didoakan kita semua berjaya dapat semua jenis rezeki ini. Aamiin, ya Mujib!

Leave a Reply