fbpx
0

J ika kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, maka itulah jawapannya. Allah dah makbulkan pun apa yang kita tertanya-tanya. Iaitu Allah makbulkan yang diri kita susah nak ubah situasi rezeki.

Eh, jap. Apa maksudnya tu?

Ketahuilah bahawa Allah mengabulkan doa atau kata-kata yang tersirat di dalam  hati. Bukannya di mulut.

Jika di mulut selalu cakap nak rezeki melimpah tetapi dalam hati asyik tanya kenapa rezeki susah nak dapat, maka yang dimakbullkan adalah yang dalam hati tu.

Kan Allah dah kata, takkan ada satu doa pun yang Allah tak makbulkan. Semuanya pasti makbul sebab Allah yang jamin akan berikan apa pun yang manusia minta.

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan bagimu.”
– Surah Al-Mukmin Ayat 60

Jelas dah?

Kenapa Orang Kaya Makin Kaya Dan Orang Miskin Makin …

Saya pasti ada di antara akan menjawab miskin, betul? Kerana itu yang sering dipasak dalam minda kita. Dan realitinya, ia memang terjadi kan?

Dalam buku Quantum Ikhlas : Teknologi Aktivasi Kekuatan Hati oleh Erbe Sentanu ada menjelaskan, “Mungkin ada di antara kita bingung kenapa kita selalu dikerumuni oleh hal yang kita tak suka. Walhal kita selalu nak elak.

Ini adalah kerana fikiran dan perasaan kita selalu pancarkan gelombang kesusahan dan kebimbangan. Maka, itulah yang menarik ianya datang dalam hidup kita.”

Seperti law of attraction (hukum tarikan). Apa saja yang kita fikir dan rasa, itulah yang terjadi dalam hidup kita.

Orang kaya makin kaya sebab fikiran mereka selalu dipenuhi dengan kekayaan yang mereka miliki. Kekayaan tak semestinya dari sudut duit saja.

Boleh jadi kekayaan tersebut adalah anggota tubuh badan yang sempurna, tiada hutang, ada kereta dan rumah sebuah, gaji yang tetap setiap bulan, anak-anak yang comel dan sebagainya. Tambah pulak, orang tu selalu bersyukur.

Lagilah Allah tambah nikmat kekayaannya.

Lain pula dengan orang miskin. Mereka makin miskin sebab fikiran mereka selalu penuh dengan hal-hal yang dia tak miliki. Itu takde, ini takde. Dengan erti kata lain, perasaan tak punya apa-apa (miskin) itu memenuhi hatinya.

Bukan takat tu je, jika sikapnya itu selalu membebel, banyak complain, merungut, mengeluh, selalu mengumpat orang lain serta pengotor (rumahnya itu berselerak dan tak bersih), maka miskin itu tetap saja kekal dengannya.

Ingat ini. Perbezaan orang kaya dengan orang miskin adalah dari segi mentalnya, mindsetnya dan cara fikir ia memandang kehidupan.

Ketahui Fitrah Manusia Yang Sememangnya Berpotensi Untuk Peroleh Lebih Banyak Rezeki

“Nasib seseorang mencerminkan karakternya, sementara karakter orang itu berasal dari semua kebiasaan dan tindakannya serta tindakannya berasal dari pikirannya yang bermuara dari perasaannya.

Nasib, karakter, kebiasaan dan tindakan adalah sesuatu yang ‘tampak’, sementara pikiran dan perasaan adalah energi kuantum yang ‘tidak tampak’.”

Percaya atau tidak, kita ini sememangnya dah pun dikurniakan dengan segala kesenangan dan kekayaan yang tidak terkira. Kita sudah pun miliki potensi untuk dapatkan segala access rezeki yang Allah bagi.

Malah, Adam Khoo yang merupakan Asia’s Top Coach pernah menyatakan dalam bukunya, Master Your Mind Design Your Destiny “you already possess all the mental resources you need to achieve any result that you want.”

Cuma tinggal kita nak aktifkan penggunaannya saja. Dan selama ini, duduknya tu sentiasa bersama kita. Apa dia mental resources tu?

Jawapannya adalah minda separa sedar (MSS) atau minda bawah sedar (MBS) kita. MSS atau MBS ni ada kat mana? Dalam otak kita.

Now, kita ambil contoh kanak-kanak. Jika perasan, kanak-kanak bila nak buat sesuatu tu memang dengan sungguh-sungguh kan?

Maksudnya, jika main memang main betul-betul. Jika nangis, nangis betul betul. Jika ketawa, ketawa betul-betul. Kalau nak jadi Superman, terus sarung seluar dalam di luar dan tadaaa! Jadilah Superman.

Mereka selalu selalu rasa gembira, bahagia, tak terbeban dengan sesuatu dan live in the present moments. Kanak-kanak tak fikir past (masa lalu) atau future (masa depan). Mereka fokus pada present moments, iaitu keadaan dan waktu sekarang.

Naa, sebenarnya inilah fitrah manusia. Dipenuhi dengan kegembiraan, ketenangan, buat sesuatu perkara itu memang sungguh-sungguh hingga jadi dan tak pernah fikir kalau tak jadi, macam mana eh?

Tetapi kenapa bila meningkat dewasa, kita dipenuhi dengan kebimbangan, keluh-kesah, rasa tak yakin, potensinya kurang dan rezeki malah dirasakan tak cukup?

Sebab berlaku injection virus dalam diri seperti kata-kata orang, perbuatan yang terlihat depan mata, baca berita yang entah apa-apa, dengar lagu-lagu yang tak bermanfaat hinggakan apa saja yang masuk ke dalam MSS kita, ia terjadi di alam realiti disebabkan kita sudah percaya.

Dalam buku Quantum Ikhlas ada menyatakan, manusia cenderung tak percaya atau tak yakin bahawa :
+ Hidup itu nikmat, menyenangkan dan ia pantas disyukuri.
+ Rezeki dah diatur cukup dan tak perlu ada yang kekurangan.
+ Tubuh bisa menyembuhkan dirinya sendiri.
+ Pikiran dan perasaan lebih kuat dari tindakan.
+ Manusia bisa ubah hidup dengan ubah pikiran dan perasaannya.
+ Ikhlas kepada Tuhan itu mudah dan menyenangkan.

Bahkan, manusia rupanya lebih cenderung percaya atau yakin bahawa :
+ Hidup itu susah dan penuh penderitaan.
+ Rezeki itu susah dan selalu tak cukup.
+ Jika doktor kata “x” tentang kesihatan saya, itu pasti benar “x”.
+ Lebih banyak orang jahat daripada orang baik.
+ Memelihara perkahwinan itu susah.
+ Hidup seperti ‘judi’ dan kita lebih sering kalah.
+ Ikhlas itu susah dan sangat sulit dilakukan.

Make sense, right now?

Mahu Rezeki Melimpah Dalam Hidup?

Jawapannya adalah ubah mindset dan sistem kepercayaan diri kita. Insertkan MSS kita dengan bacaan, lagu, movie atau apa saja yang buatkan kita lebih cenderung untuk yakin yang kita boleh menarik segala macam rezeki ke dalam hidup kita. Insya Allah.

Kerana kita dapat apa yang kita fokus. Bukan apa yang kita fikir atau nak.

Bagaimana dapat bina fokus ke arah menarik rezeki yang berlimpah?

Ketahuinya lebih lanjut di sini.

Leave a Reply